Monday 8 October 2012

Katakan tidak pada beg plastik






Assalamualaikum...
Hari ni aku nak kempen untuk tidak menggunakan beg plastik.

Apa Yang Buruk Mengenai Beg Plastik?

Beg plastik tidak mesra alam. Ia menyebabkan longkang tersumbat, sungai tercemar, merosakkan landskap, dan berakhir di tapak pelupusan di mana ia boleh mengambil 1,000 tahun atau lebih untuk terurai dan akan terus mencemarkan tanah dan air.



Beg plastik juga menimbulkan bahaya yang serius kepada burung dan mamalia marin yang sering menyangka ia adalah makanan mereka. Beribu-ribu mati setiap tahun selepas menelan atau tercekik beg plastik yang dibuang.




Tahukah anda, kos untuk melupuskan beg plasik lebih tinggi dari menghasilkannya...

Pertimbangkan diri anda, adakah anda memerlukan beg plastik?
Sesetengah perniagaan/pasaraya telah berhenti menawarkan pelanggan mereka beg plastik.

Sementara itu, di sini adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu:




Tukar ke beg membeli-belah boleh diguna semula. Beg membeli-belah boleh diguna semula yang dibuat dari bahan-bahan yang boleh diperbaharui memulihara sumber dengan menggantikan kertas dan beg plastik. Beg boleh digunakan semula adalah mudah dan datang dalam pelbagai saiz, gaya dan bahan-bahan. Apabila tidak digunakan, beberapa beg yang boleh digunakan semula boleh digulung atau dilipat cukup kecil untuk dimuatkan dengan mudah ke dalam poket.

Kitar semula beg plastik anda, jika anda telah menggunakannya. Banyak kedai-kedai runcit kini mengumpul beg plastik untuk dikitar semula. Semak dengan program kitar semula masyarakat anda untuk belajar bagaimana untuk mengitar semula beg plastik di kawasan anda.



Friday 5 October 2012

Mengapa tak rogol saya?- kisah benar




Assalamualaikum...


Aku dapat satu email minggu lepas..mungkin elok gak aku kongsi kat sini utk renungan kita semua..kisah benar pengakuan seorang wanita yg terlepas dari menjadi mangsa rogol.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian?)

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu akan menjadi mangsa saya.)

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya..


Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….


Sumber : lovelyctjek.blogspot.com

Sarapan





Simple lagi menyelerakan



Assalamualaikum...

Sarapan....apa ada dengan sarapan?
Tahukah anda, bila kita bangun tidur, badan kita cuma ada sikit je tenaga. 
Kenapa? Sebabnya, dalam masa kita tidur, tiada sikit pun khasiat yang diterima badan (dah tak makan, macam mana nak ada khasiat).Orang sekarang ni malas nak sarapan, alasan pulak takde masa, nak cepat (dah bangun tidur lewat), padahal banyak aktiviti yang memerlukan banyak tenaga nanti(antara sebab malas waktu bekerja).
Tahukah anda, banyak risiko yang timbul kerana kita tak sarapan seperti otak jadi lembab, badan jadi lemah, malas dan lain-lain lagi. 
Oleh itu mari la kita pakat-pakat bersarapan supaya kita rajin bekerja...hohoho

p/s : jom pekena nasi lemak simpang!!

Thursday 4 October 2012

Blogger?




PrtSc dari Ohtidak.com


Assalamualaikum...

Nampaknya aku pun dah tersampok nak wat blog...hahaha...
Semua ni gara-gara aku terbaca post kat ohtidak.com. Bala-bala!
Tak jadi keja la aku lepas nih...
Harap-harap tak hangat-hangat tahi ayam la(mula-mula panas, pastu dah sejuk). HAMPEH!

Mohon diri dulu, takde idea malam ni... Wassalam...